Skip to main content

CHILI PAN MEE YANG HALAL


Assalamualaikum, sehari dua ni viral tentang “Chilli Pan Mee” di Queensbay Mall, Penang kan. Selalu lalu situ ramai yang muslim pun beratur panjang. Milo tak pernah makan. Dok mencari resepi la nak buat. Ni kawan milo share resepi . Jom la pakat buat sendiri yang halalan toyiba.


“Ok since ramai yang mintak resepi so iols share je kat sini, senang !. Sape nak try boleh lah refer resepi ni. Tapi ni resepi cara saya la yang mudah dan ringkas. HALAL ok uols hihi tak gadoh kalau makan kat luar kan tengah viral Chilli Pan Mee kat Queensbay Mall tu ada oink-oink ”


Ini resepinya.. Dry Pan Mee

Bahan (A) - Pan Mee

  1. Pan mee kering (beli kt aeon)
  2. Kicap pekat
  3. Kicap cair
  4. Chili flakes
  5. Bawng putih 7- 8ulas (chop & goreng dalam minyak yang lebih untuk buat minyak bawang putih)

Pan Mee direbus dahulu kemudian ditoskan dalam mangkuk asing campurkan kicap pekat,kicap cair,minyak bawang putih,chili flakes. Gaul sebati semua bahan agak-agak ja untuk portion mee yang ada dalam mangkuk.

Bahan (B) - Isi Ayam Hitam

  1. Isi ayam cincang
  2. Bawang putih(chop)
  3. Bawang merah(dadukan)
  4. Cendawan shitake kering (rendam dalam air panas bagi kembang dulu kemudian chop-chop)
  5. Lada putih
  6. Minyak bijan
  7. Garam /gula /maggi cukup rasa
  8. Sos tiram (1sudu ja)

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah, campurkan isi ayam dan cendawan shitake. Tambah kicap pekat (guna kicap jalen tudung oren je pun boleh), chili flakes dan season n teaste. Biar smpai isi ayam masak dan warna kicap sebati semua.

Bahan (C) - Sup Fishball

  1. Fishball
  2. Minyak bawang putih
  3. Kiub ayam 
  4. Air

Masak macam sup biasa. Campak semua dan biar mendidih. Siap!

Bahan (D) - Lauk Pauk 

  1. Sawi muda (celur jap)
  2. Ikan bilis (goreng dan toskan)
  3. Cili potong tu just hiris cili padi campur skit cuka dan kicap cair.

CARA HIDANG PAN MEE

  1. Isikan Pan Mee dalam mangkuk.
  2. Letak ikan bilis goreng, sawi yang dicelur, fish ball, isi ayam hitam  
  3. Sup dalam mangkuk berasingan. 
  4. Siap dihidang ! 
Kalau nak makan dengan sup pun boleh. Sup tu just tuang dalam mangkuk bersama pan mee kosong yg tak dicampur kicap. Hidang macam biasa cuma add sup je.


SELAMAT MENCUBA 😘

Credit to : Azlin Faudzi

Comments