Skip to main content

CARA MERAWAT KANSER USUS SUPAYA TAK MEREBAK


Pernah dengar atau baca tentang kanser kolorektal ? Kanser kolorektal adalah salah satu penyakit yang digelar pembunuh secara senyap. Ramai yang tidak menyedari bahayanya sehingga simptom muncul. Juga tidak mengetahui cara merawat kanser usus supaya tak merebak dengan cara semulajadi.

Kanser Kolorektal atau lebih diketahui umum sebagai kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kolon adalah bahagian usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.


Di peringkat awalnya, kanser kolorektal terutama dibahagian usus besar tidak mengalami sebarang gejala & symptom. Simptomnya yang tidak jelas dan sering disalah tafsir sebagai masalah lain membuatkan kita sering abaikan begitu sahaja dan salah diagnos mungkin berlaku akibat tidak bertemu dengan pakar.

Biasanya bermula dengan polip iaitu unjuran berbentuk jejari di dalam usus besar yang kemudiannya berubah menjadi kanser.

Bunyi menakutkan, kanser kolorektal boleh dirawat jika ia ditemui di peringkat awal dan kolonoskopi merupakan alat yang paling efektif bagi mencegah kelainan di dalam usus sebelum berubah menjadi sel kanser.

Oleh itu ujian saringan adalah sangat penting untuk pengesanan awal penyakit kanser kolorektal. Jika kanser kolorektal dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah baik.

Gejala/Simptom/Tanda Kanser Kolorektal

Tanda-tanda kanser kolorektal biasanya akan dirasai oleh pesakit apabila kanser telah berkembang dengan ketara . Jenis gejala juga bergantung kepada lokasi pertumbuhan kanser Sebahagian daripada gejala dan simptom yang biasa berlaku termasuk:

  • Cirit-birit atau sembelit.
  • Proses membuang air besar, yang tidak selesai.
  • Darah dalam najis, biasanya tidak banyak.
  • Najis dengan lendir.
  • Loya.
  • Muntah
  • Sakit perut.
  • Lemah dan letih.
  • Penurunan berat badan tanpa alasan yang jelas.

Jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini, segera berjumpa doktor. Pada peringkat awal, gejala kanser kolorektal sering tidak dirasai. Oleh itu, pemeriksaan berkala perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.


Punca dan Faktor Risiko Kanser Kolorektal

Pertumbuhan sel-sel yang tidak normal semua jenis kanser, termasuk kanser kolorektal. Tetapi sehingga kini, punca pembiakan sel-sel yang tidak normal yang tidak dikawal ia tidak diketahui dengan pasti.

Pakar mengesyaki terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan pertumbuhan kanser Faktor-faktor risiko adalah:


Pengaruh umur - Risiko kenaikan kanser kolorektal dengan usia. Kanser ini dianggarkan diidap oleh 9 daripada 10 orang yang berumur 50 tahun atau lebih.
Keturunan - Orang yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kanser atau polip kolorektal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kanser kolorektal.
Pengaruh gaya hidup - seperti kurang bersenam, kurang pengambilan serat, pengambilan alkohol, berat badan berlebihan, obesiti, atau merokok.
Mengalami penyakit Crohn dan kolitis ulser lebih daripada 9 tahun.

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal?
  • Jika anda atau keluarga terdekat mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal.
  • Jika anda mempunyai penyakit radang usus seperti ‘ulcerative colitis’ dan ‘Crohn’s disease’
  • Jika anda mempunyai sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti ‘familial adenomatous polyposis (FAP)’ atau ‘hereditary non-polyposis colorectal cancer’

Ujian saringan kanser kolorektal

Kita juga dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor tentang bila ujian perlu dilakukan, jenis ujian dan berapa kerap ujian perlu dilakukan. Ujian yang dijalankan termasuk ujian najis (FOBT), sigmoidoskopi dan kolonoskopi.


1. Ujian najis (FOBT – Fecal Occult Blood Test)

  • Ujian ini dijalankan untuk mengesan darah di dalam najis. Sangat mudah dan boleh dijalankan di klinik kesihatan. Kita akan diberi satu set alat untuk mengambil sampel najis. Kita perlu mengambil sedikit sampel najis anda dengan menggunakan alat yang disediakan dan mengembalikannya kepada makmal di klinik. Sampel najis akan diperiksa untuk melihat kewujudan darah di dalam najis. Sekiranya najis didapati mempunyai darah, anda akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi.


2. Ujian sigmoidoskopi

  • Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang pendek melalui lubang dubur ke dalam rectum dan penghujung kolon untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya.

3. Ujian kolonoskopi

  • Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang panjang melalui lubang dubur ke dalam rektum dan keseluruhan kolon. Semasa prosedur ini dijalankan, doktor boleh melihat dan membuang polip atau ketumbuhan yang disyaki kanser serta mengambil sedikit tisu untuk ujian lanjut akanpemeriksaan di bawah mikroskop untuk mengesan sel kanser).

Ujian saringan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.

Vitamin/Supplement Yang Membantu Pesakit Kanser Kolorektal

Bagi yang mengalami kanser kolorektal, sangat di galakkan untuk mengambil Vivix dan vitamin A(Carotomax), C (Sr. Vit C) & E (Vit E Complex). Kandungan Vivix yang tinggi dengan resveratrol, bertindak membantu mereka yang ada masalah kanser. Resveratrol mampu menyekat sel kanser daripada merebak dan mencetuskan proses mematikan sel kanser (apaptosis).


Cegah Adalah Pilihan Yang Bijak Dan Terbaik !

Lebih baik dan lebih selamat apabila kita mengambil langkah untuk mancegah daripada merawat dengan kaedah yang menyakitkan.

Ayuh ambil langkah yang terbaik ini. Dengan “Program Detoxs Menyeluruh Shaklee”.



Testimoni Penghidap Kanser Yang Telah Berikhtiar Dan Sihat Dengan Shaklee.


  



Sekiranya anda sedang membaca artikel ini menggunakan smartphone, anda boleh klik link di bawah untuk terus langkah seterusnya. Atau klik pada gambar set untuk pembelian online.

HARGA ISTIMEWA  
KELEBIHAN MENDAFTAR KEAHLIAN [ID:1072273]


Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya: 
Call/Sms/Whatsapp: 017-4988318 

Khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja. 
Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang penghantaran sekitar Pulau Pinang: Sungai Ara, Relau, Batu Maung, Bayan Baru, Bayan lepas dan George Town dan pos keseluruh Malaysia

Comments