Skip to main content

TIP BALIK KAMPUNG DENGAN HATI SENANG


Lagi 2 hari nak raya of cos ramai dah mulakan perjalanan balik kampong kan.

Tips balik kampung dengan keadaan gembira dan selamat, jom saya share sikit.


Sebelum keluar rumah, sila :
 
keadaan rumah yang bersih, memberi ketenangan semasa pulang dari kampung.
  • Tutup semua suis elektrik, elak litar pintas.
  • Cabut kepala tong gas memasak, untuk elak kebocoran gas dan kebakaran.
  • Kosongkan air kolah (kalau ada la), supaya nyamuk tak berpesta.
  • Simpan barang - barang berharga di tempat yang selamat. 
  • Kunci semua pintu dan gril. JANGAN simpan dalam pasu, bawah alas kaki atau di mana-mana tempat ya. Bawa bersama lebih selamat !
  • Buka lampu dalam rumah.
  • Buang sampah supaya tak reput, berulat dan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Baju Raya. JANGAN LUPA ! Tak pasai ada yang meraung di pagi raya..
  • Pastikan semua barang sudah dipacking (so taklah kalut dengan barang yang tertinggal). Nak lagi selamat sediakan list siap2. Confirm tak tertinggal apa2 barang inshaAllah. Vitamin Shaklee jangan lupa ye :D
 Jika memandu, periksa :

Periksa keadaan kereta selengkapnya, untuk keselamatan keluarga tercinta.
  • Pastikan minyak cukup sebelum memulakan perjalanan.
  • Periksa keadaan minyak enjin, minyak brake, minyak power stering dan sebangainya. Tambah minyak kalau dibawah level min.
  • Air radiator(coolant) ditambah kalau kurang.
  • Wiper, getah  berfungsi dan windshield.
  • Aircon system jangan lupa periksa, nanti tak pasal-pasal berkuap dalam kereta. Sekarang pulak musim panas lit-lit..
  • Keadaan tayar masih berbunga, tekanan angina pun wajib tau.
  • Sistem lampu, signal dan brake haruslah berfungsi.
  • Bateri ! paling takut sangat.
  • Patuhi had laju untuk selamat dan elakkan saman.
  • “Don’t TEXT and DRIVE”
  • Makan sahur dan berbuka dengan mengambil vitamin terutama Vitalea, Performance Drink dan Cinch Tea. 3 jenis vitamin ni memang penambah tenaga dan sangat membantu mengurangkan penat. Segar semasa memandu.

#shakleepenang
#shakleebatumaung
#shakleesungaiara
#shakleebayanlepas

Comments