Skip to main content

11 TEKNIK GANDAKAN PRODUKSI SUSU IBU

Banyak cara sebenarnya yang kita boleh lakukan dalam usaha merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan simanja tersayang. Kita perlu ketahui cara betul saja. Pasti hasilnya sangat lumayan.

Menyusu dalam keadaan relax

1. Tawarkan kedua-dua belah payudara 
Penyusuan hanya disebelah payudara kebiasaannya tidak membantu kita meransang lebih banyak susu. Ini kerana lebih kerap kedua-dua belah payudara dikosongkan, ia lebih baik. Biarkan bayi menyusu disebelah payudara selama mana yang diingini. Kemudian tawarkan payudara sebelah lagi.
Kadang-kadang bayi mungkin mengantuk ketika menyusu apabila aliran susu dipayudara yang dihisapnya semakin perlahan. Ingat ! dia mengantuk bukan sebab sudah kenyang. Sebelum beralih payudara ke sebelah lagi, cuba lakukan compression untuk melakukan aliran susu.

2. Breast compression
Langkah ini biasanya merangsang reflek let-down semulajadi. Peranan breast compression ialah memastikan aliran susu sentiasa lancer. Apabila bayi hilang minat untuk terus menyusu atau hanya mahu melekap tanpa menyusu, sokong payudara kita dengan ibu jari dibahagian atas dan jari-jari yang lain dibahagian bawah. Jauhkan daripada putting dan perlahan - lahan tekan payudara. Teruskan tekan payudara sehingga bayi betul-betul tidak menyyusu lagi. Berhenti sebentar dan ulang saemula tekanan yang sama. Setelah bayi didapati tidak berminat untuk meneruskan lagi penyusuan. Tawarkan payudara sebelah lagj.

3. Ubah payudara
Kerap tawarkan bayi untuk menyusu dikedua-dua belah payudara berganti-ganti tiap kali sesi pemyusuan. Amalan ini dapat menggalakkan bayi yang mudah terlena untuk menghisap dengan lebih efecktif untuk tempoh masa yang lebih panjang. Apabila kerap melakukan amalan ini, kita akan mahir dan tahu bila masa yang sesuai untuk menawarkan payudara sebelah lagi kepada bayi. Disarankan apabila bayi didapati hisapan bayi mula lemah, cuba teknik breast compression dahulu diikuti dengan penukaran payudara untuk menggalakkan dia menyusu dengan lebih aktif.

4. Penyusuan tambahan 
Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan. Tunggu 20~30 minit selepas penyusuan dan tawarkan bayi penyusuan sekali lagi untuk penyusuan tambahan.

5. Pengepaman 
Prinsip pengepaman adalah membantu anda menghasilkan lebih banyak susu. Bayi yang melekap dengan betul sangat efektip dalam mengosongkan payudara lalu meransang penghasilan lebih banyak susu. Walabagaimanapun anda digalakkan untuk mengepam5~10 minit bagi setiap payudara setiap kali selepas menyusukan bayi pada waktu siang.

Mengepam selepas menyusukan bayi pada waktu malam juga ada manfaatnya. Namun anda perlu mendapatkan tidur yang mencukupi keranaia adalah factor yang membantu penghasilan susu. Sementara itu jangan risau jika tiada apa-apa yang keluar ketika kita mengepam kerana hisapan pam akan meransang payudara untuk menghasilan lebih banyak susu.

6. Perah Tangan
Sekiranya dilakukan dengan betul, pemerahan susu menggunakan tangan lebih efektif dalam mengeluarkan susu. Dalam masa yang sama, ia dapat meransang penghasilan susu.

7. Penyususan malam
Paras hormone penghasilan susu iaitu prolactin adalah lebih tinggi pada waktu malam. Dengan kerap menyususkan bayi pada waktu malam, anda dapat “menggesa” tubuh untuk memanipulasi hormone prolactin, seterusnya menghasilkan lebih banyak susu.

8. Cecair
Mengambil cecair yang mencukupi tidak membantu kita menghasilkan lebih banyak susu ya ! apa yang lebih penting ialah menggantikan cecair yang hilang. Bayangkan dalam sehari kita mengeluarkan 0.5ml ~ 1liter susu, jadi kita perlu menggantikan semula disamping meminum 8 gelas air seperti yang disarankan. Jangan jadikan dahaga sebagai penanda aras kita perlu minum kerana pada waktu ini, kita sebenarnya sedang mengalami dehidrasi. Jadikan amalan meminum segelas air setiap kali kita menyusukan bayi.

9. Pemakanan seimbang dan sihat
Sebagai ibu menyusu, kita perlu jaga pemakanan utama, dapatkan juga snek disela waktu makan utama. Ingat ! pemakanan tidak memberi kesan kepada jumlah susu. Tetapi kesihatan kita lah yang menjadi antara factor penting dalam penghasilan susu. Kita perlukan makanan yang kaya kalsium, zat besi, dan protein. Dapatkan juga snek seperti yougurt, keju, buah-buahan dan salad.

10. Rehat
Dapatkan rehat yang mencukupi, ia sangat penting! Ketika dirumah bersama bayi, tidur ketika bayi tidur. Ketepikan urusan rumah tangga dan minta pertolongan daripada ahli keluarga untuk membantu kita.

11. Ubat-ubatan
Ubat yang dipercayai dapat menambah susu tidak seharusnya menjadi usaha pertama kita untuk menransang tubuh menghasilkan lebih banyak susu. Antaranya ‘Domperidone(Motilium™)’. Namun, dapatkan nasihat daripada doktordan pakar latasi terlebih dahulu.

Disamping itu kekalkan tenaga maksimum dengan pengambilan makanan tambahan iaitu vitamin untuk merangsang penghasilan susu yang banyak dan membuatkan kita para ibu lebih bertenaga seharian. Jom ikuti perkongsian yang disediakan :

Rangkaian vitamin untuk ibu yang menyusukan bayi

ESP (Energizing Soy Protein)
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.

Ostematrix
Kalsium sangat penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.

Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengahnya akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Alfalfa Complex
Raja Herba ! membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.

Sr. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

Vitalea
Memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Sekarang ini, pengambilan makanan seharian tak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Uniknya Vitalea Shaklee ini, ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.


Boleh Klik link - link berkenaan untuk membeli set - set menyusu Shaklee :


Jika masih ragu-ragu, boleh hubungi saya. Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.

Puan. Nurzalila Razali (Milo)
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4988318
Facebook: Nurzalila Razali
Website: http://kedaikecilumi.blogspot.my/

Atau
 

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.




Comments