Skip to main content

Sumber Kekuatan 💪


Cerita 1-Umi😭
-------------------------
Kisahnya tak dapat nak tumpu jaga umi bila umi sakit teruk. Sampai lah umi pergi tinggalkan kami. Sebab apa tak boleh nak tumpu?.. Kerja ! Sedih kan.. pagi-pagi siap sarapan untuk umi, pastu terpaksa tinggal nak pergi kerja. Tengah hari ganti-ganti dengan suami balik mai makan dengan umi. Kemudian balik pulak ke ofis. Petang balik mai urus umi. Masa ni pregnant #adammuhammadbinashraf 3 bulan kalau tak silap. Kami tak bagitau umi pun (tapi mak cakap mak ada sembang dengan umi waktu mak jaga umi).
Memang rasa tertampar sangat!
Kalau lah masa tu dah kukuh bershek.li. on the spot resign. Boleh tumpu jaga umi.
Stress dengan mak ayah tak call, mesej. Pergi umrah pastu tak tau nak roaming. Cuma beli simcard untuk kegunaan depa disana ja. Anak kat sini hari-hari nangis. Tak pernah berjauhan. Gitu lah..
Cerita 2-Mak😭
-------------------------
Situasi sama, keadaan berbeza. Bila mak sakit pening walaupun orang cakap sakit sikit-sikit ja pun. Tapi kita ja tau kemampuan mak kita kalau dia dah sakit. Macamana dia merangkak rawat diri dia..
Macamana dia didik kita jaga orang sakit sebelum-sebelum ni. Macamtu la jugak kita nak jaga dia sampai dia sihat.
Sekarang ada cucu. Cucu pun merap kat maktok. Tak nampak maktok ja dah bunyi macam-macam.
Mak mentua pun kita sedih tambah la mak sendiri..
Walaupun depan dia kita paksa dia makan, tp dalam hati tak sapa pun tau kita tak tahan tengok dia..
Macamana mak macamatu anak dia ni. Jiwa kental, tapi berbunga. Haha kat sini payah sikit..
Cerita 3-Anak👶
--------------------------
Seawal lepas pantang dah kena berdikari. Bangun awal, mandi siap-siap sebelum umi pi kerja. Anak orang lain kul 5.30a.m masih diulit mimpi. Anak umi dah bangun. Mulanya dok pikir mungkin rasa macam dalam perut umi lg kot. Tapi lama-lama dia pun dah biasa.
Kalau umi dok umah jaga #adammuhammadbinashraf sepenuhnya. Tak dak la #adammuhammadbinashraf berkalut bersama umi setiap pagi.
Nanti nak ada adik macamana la umi nak jadi caca marba?..
Moga allah permudahkan setiap urusan kita semua..
...........................................................................................
Cukup lah cerita-cerita yang membuatkan saya lebih kuat nak bershek.li. Setiap hari perlu improve lagi sampai lah kukuh dan rasa boleh berdikari duduk umah jaga suami, anak mak&ayah.
Memang orang meluat tengok kita post macam-macam kat wall kita. Tapi orang tak tau apa yang kita lalui..
Ramai lagi yang senasib macam saya ni. Malah ada yang lebih teruk. Depa gigih sampai berjaya. Macamtu jugak saya nak.
Yang terbaik untuk diri sendiri dan family.

Comments