Skip to main content

Pelik Tapi Benar Tentang Perubahan Semasa Hamil

Perubahan
Setiap orang akan mengalami perubahan yang tak sama semasa mengandung ni. Jadi jangan la heran, sesetengah orang ni dia heran dengan perubahan yang jadi kat diri dia lepas dia tau dia mengandung. Kadang-kadang macam tak percaya dengan perubahan tu sebab rasa macam bukan diri sendiri.

Yala… Tiba-tiba apa yang dok suka selama ni jadi tak suka pulak dan sebaliknya. Orang kata wanita mengandung ni ada banyak p erubahan bukan saja dari segi fizikal tetapi juga emosi. Ada yang jadi sampai terlalu sensitif.

Benda remeh pun boleh menyebabkan emosi ibu mengandung ni  terganggu. Jom kita tengok beberapa perubahan yang kerap dialami oleh ibu mengandung. Mungkin salah satu terjadi pada anda sekarang.

Cepat moody
Orang mengandung memang cepat moody. Kadang-kadang keterlaluan menjadi sangat moody.  Ada yang cepat tersentuh hati sampai menangis jika tengok atau alami hal remeh. Depa sedaq keadaan ni dan berasa hairan dengan perubahan diri sendiri. 

Mudah lupa
Hat ni toksah kata la. Mudah lupa paling kerap menyerang ibu mengandung. Mudah lupa letak barang kat mana, terlupa sesuatu perkara kadang - kadang lebih kronik, terlupa dok cakap perkara A, tapi jawap dengan perkara B. Masalah mudah lupa ini memang diakui oleh kebanyakan ibu mengandung yang lain.

Kuat makan
Kalua trimester pertama, ada ibu-bu yang tak da selera makan tapi sebaik masuk trimester ke-2 dan ke-3, selera makan ibu makin meningkat. Ramai bu mengandung ni terpengaruh dengan mitos ‘makan untuk dua orang’. Betul, ibu mengandung perlu menambah jumlah keperluan kalori yang meningkat tetapi bukan bermakna makan dalam kuantiti yang banyak.

Malas ke tandas
Buang air kecil dan besar ketika hamil memang sangat tak selesa ketika kehamilan di penghujungnya. Kalau di awal kehamilan, ada bakal ibu yang rasa malas nak mandi tetapi di akhir kehamilan, kekerapan untuk membuang air kecil selain keadaan fizikal yang semakin membesar membuatkan rasa malas semakin menjadi-jadi. Hampa rasa macam tu dak?

Mengantuk

Sesetengah bakal ibu cepat rasa mengantuk walaupun selepas bangun tidur waktu pagi terutama di awal kehamilan. Kalau dapat letak kepala di bantal, sat saja ibu sudah tertidur. Selalunya bila dah dapat lelapkan mata sekejap, barulah ibu rasa segar. Jangan risau simptom ini biasanya hanya menyerang pada trimester pertama saja.

Banyak lagi perubahan lain yang pelik boleh berlaku kepada ibu hamil. Mungkin lain orang lain perubahan yang dialaminya. Jangan risau dan susah hati. Anggap saja ia sebahagian daripada proses hamil yang istimewa. Nikmatinya!

By: NurzalilaRazali@Milo
Credit to:Pa&Ma

Comments